Pada 13-15 April 2018 yang lalu, Persatuan Pra-U telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Terengganu Darul Iman. Rombongan seramai 69 pelajar dan 4 orang guru pengiring itu bertolak pada pukul 8.00 pagi Jumaat dan tiba di Unisza pada jam 10.40 pagi. Matlamat utama progrm ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Unisza dan UMT. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang akan berpindah tidak lama lagi, program ini merupakan kenangan terakhir bersama rakan-rakan di MRKK.